RSS

Rancangan Perniagaan (RP)- Satu RP Untuk Semua Jenis Perniagaan

Sangat ramai yang menunjukkan minat tinggi untuk berkongsi maklumat didalam penyediaan kertas kerja pinjaman perniagaan. Dimana-mana forum niaga, persoalan mengenai penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) sentiasa mendapat respon paling tinggi!.

1001 jenis macam rupa dan gaya RP yang ditonjolkan oleh pelbagai pihak di luar sana,jadi mana satukah RP yang terbaik? Tuan/Puan sekelian,RP yang terbaik sudah tentulah yang berjaya membuatkan permohonan pinjaman anda diluluskan :) . -Walaupun mungkin RP itu tak semestinya baik untuk orang lain.

Oleh itu,disini saya gariskan Rangka Asas & perkara-perkara wajib yang mesti ada di dalam RP. Ditambah dengan Maklumat & Dokumen Tambahan anda mengikut jenis bidang perniagaan yang anda ceburi. Semuanya di dalam PANDUAN LENGKAP KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN. Semuanya di bawah tajuk-tajuk berikut:

1) KENALPASTI TUJUAN ANDA MEMINJAM

2) JENIS-JENIS PINJAMAN PERNIAGAAN

3) 10 SEBAB MENGAPA PINJAMAN ANDA DITOLAK

4) KERTAS KERJA PINJAMAN PERNIAGAAN

  A) SENARAI SEMAK DOKUMAN

  B) SENARAI SEMAK MAKLUMAT PERNIAGAAN

5) JANGKAAN ALIRAN TUNAI PERNIAGAAN

6) KENAPA SUSAH SANGAT BUAT PINJAMAN PERNIAGAAN

 

Tags: , ,

MENDOMINASI DUNIA DENGAN INOVASI

TOPIK: MENDOMINASI DUNIA DENGAN – INOVASI

SEMBANG
INOVASI…Mengapa 7 perkataan ini begitu hebat dicanang kini? Sejauhmana kesedaran dan pemahaman anda mengenainya? Apa pentingnya dan hebatnya inovasi ini?

Definisi Inovasi – Istilah inovasi berkait rapat dengan perkataan seperti ciptaan, kreativiti dan imaginasi. Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimulakan. Dengan kata lain ia bermaksud menghasilkan sesuatu ciptaan yang berbeza daripada kebiasaaan dengan idea baru yang mencorakkan perubahan.

Maksudnya Inovasi adalah sesuatu penemuan kekuatan baru yang terhasil dari mereka-mereka yang terkehadapan / lebih maju dari kita hasil pengalaman mereka mendepani arus perjalanan kehidupan.

Kini, Bulan May Tahun 2011. Lihat, amati, perhati dan teliti apa yang berlaku disekeliling anda dan dunia. Kepantasan arus perubahan dan perkembangan ekonomi seharusnya memberi semangat dan azam baru, khususnya kepada para usahawan untuk berubah dan melakukan anjakan dalam kehidupan dan perniagaan. Selain itu, diri mereka sendiri perlu melakukan inovasi dalam segenap aspek kehidupan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.Di zaman ini inovasi menentukan siapa yang berjaya atau pun tidak. Produk dan barangan yang inovatif yang terhasil dari proses inovasi akan mendahului yang lain. Kelebihan sesuatu produk yang inovatif boleh mengubah sesebuah industri. Idea yang kadang kala kecil dan dipandang ringan namun setelah melalui inovasi yang betul menjadikannya hebat dan berkesan. Ya…Idea saya mungkin gila,tetapi manusia tidak akan sampai ke Bulan jika tidak memikirkan idea gila..

Hari ini inovasi bukan sahaja menjadi kunci dan rahsia kejayaan bagi sesebuah syarikat, malah ia juga berperanan melonjakkan negara-negara yang dahulunya kecil dan mundur menjadi negara maju. Lihat sahaja negara-negara seperti Singapura, Finland, Denmark dan Ireland yang suatu masa dahulu merupakan negara-negara kecil namun meningkat maju dengan mendadak dan menduduki carta negara maju dengan keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka. Paling dekat Singapura, rasanya semua orang tahu siapa lebih maju sedangkan Malaysia capai merdeka dahulu berbanding Singapura. Malaysia kaya dengan segala macam sumber ekonomi berbanding Singapura yang serba kekurangan. Tetapi, mengapa mereka lebih maju,rakyatnya lebih kaya dan makmur berbanding kita rakyat Malaysia? Jawapannya: Mereka benar-benar tahu kekurangan/kelemahan diri dan negara lalu mahu tidak mahu mesti berusaha keras,mengembeling usaha bersama-sama melakukan perubahan & inovasi terhadap segala aspek kehidupan untuk mencapai kemakmuran rakyat dan negara.

Bagi negara membangun, cabaran utama untuk kekal bersaing menjadi negara maju ialah melalui inovasi. Ia perlu dipastikan supaya berada di tahap yang terbaik. Falsafah inovasi bagi sesebuah negara membangun perlu menjadi tulang belakang yang dapat mengubah sistem pentadbiran, halatuju sains dan teknologi serta keupayaan saintis dan penyelidik di dalam negara tersebut. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Dunia di masa akan datang amat bergantung kepada keupayaan untuk melakukan inovasi dalam setiap aspek bagi mengekalkannya di tahap terbaik. Sepuluh tahun yang lalu, internet baru sahaja mula berkembang di Malaysia. Pada waktu itu masih belum ramai individu yang memiliki talian internet melainkan di pejabat-pejabat kerajaan atau sektor industri. Teknologi internet merupakan satu contoh inovasi yang mengubah dunia pada hari ini. Internet boleh dianggap sebagai sungai besar yang mengalirkan sebarang ilmu dan maklumat berguna atau pun sekadar sampah sarap di dalamnya. Sebelum teknologi internet dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di dunia, ia merupakan teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan Amerika sekitar tahun 1940-an sewaktu perang dunia kedua untuk menghubungkan jaringan sistem pertahanan mereka. Selepas perkembangan pesat internet bermula lewat tahun 1990 an, banyak produk-produk berasaskan web dimajukan dan dijadikan alat untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Bayangkan dunia pada hari ini tanpa kemudahan internet seperti 15 tahun yang lampau, tentunya kehidupan sangat berbeza dengan apa yang kita alami kini. Internet memenuhi segala-galanya dalam dunia moden hari ini yang merangkumi aspek penyebaran maklumat, kemudahan emel, hiburan, tayangan video, audio dan perniagaan.

Lihat sahaja bagaimana enjin carian internet terkenal Google mendominasi dunia. Google yang mula menemui pengguna pada tahun 1998 memperkenalkan kaedah pencarian maklumat di internet dengan cara yang begitu unik melalui inovasi dan kreativiti dua anak muda dari Stanford University, California iaitu Sergei Brin dan Larry Pages. Kedua mereka ini menjadi jutawan ketika usia belum mencapai 30 tahun. Sehingga kini, Google terus berkembang pesat dan terus melakukan inovasi dengan memperkenalkan produk-produk terbaru mereka. Majalah Forbes melaporkan bahawa Google merupakan sebuah syarikat teknologi berasaskan internet yang paling pesat berkembang dan paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Ketika diwawancara dalam sebuah program temubual internet, pemilik Google Sergei Brin dan Larry Pages menyatakan mereka tidak mencipta sesuatu yang baru, tetapi melakukan inovasi terhadap produk yang sedia ada. Sebelum kemunculan Google, enjin carian internet yang paling terkenal ialah Yahoo!, Excite dan Altavista.

Terkini, generasi internet terus dihidangkan dengan aplikasi laman interaksi sosial yang begitu fenomena pada hari ini iaitu Facebook. Ia dicipta oleh seorang remaja iaitu Mark Zuckerberg ketika masih bergelar penuntut di Harvard University. Bermula pada tahun ia dilancarkan iaitu pada tahun 2004 sehingga kini ia mencatatkan bilangan pengguna aktif yang berjumlah 350 juta orang. Zuckerberg kini menjadi jutawan muda hasil dari pelancaran laman Facebook tersebut. Ketika ditanya tentang idea ciptaannya, beliau menegaskan bahawa ia terhasil daripada keinginan untuk melakukan inovasi terhadap laman-laman web interaksi sosial yang sedia ada seperti Friendster, Orkut, MySpace dan sebagainya. Salah satu lokasi yang paling terkenal dan subur melahirkan syarikat-syarikat gergasi dunia yang kreatif dan inovatif dalam bidang teknologi, komunikasi dan teknologi maklumat ialah Silicon Valley di California. Di sanalah tempat berkembangnya syarikat gergasi dunia seperti Oracle, Sun Microsystem, Intel, AMD, Yahoo!, Cisco, Apple, eBay, Youtube, Twitter, Google, Facebook dan sebagainya. Kejayaan Silicon Valley yang muncul sejak lebih 50 tahun yang lampau menjadi contoh dan teladan kepada negara-negara lain yang ingin membangunkan ekonomi mereka berasaskan inovasi dan kreativiti.

Google dan Facebook adalah dua contoh di antara puluhan produk-produk yang tercipta hasil dari kreativiti dan inovasi di dalam dunia internet. Dalam bidang-bidang lain seperti sistem pengangkutan, perniagaan, penyelidikan dan penyampaian maklumat manusia terus melakukan inovasi bagi memperbaiki kualiti dan produk sedia ada.

Maksudnya mereka di Barat yang lebih maju itu tidak pening-pening mencipta sesuatu perkara baru,tetapi hanya menambah baik segala kelemahan yang ada dalam sesuatu itu !…Dengan hanya sedikit inovasi dan perubahan, mereka dapat mendominasi sesuatu perkara itu!..Ini sesuatu yang cukup-cukup penting untuk diri kita tahu.
Malaysia berada di landasan yang tepat apabila kerajaan telah menjadikannya suatu dasar dan mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Inovasi Negara. Tetapi yang lebih penting, diri anda sendiri adakah melakukannya ataupun tidak untuk memajukan lagi seluruh kehidupan anda. Ayuh semua, lakukan inovasi dalam segala aspek kehidupan anda; diri sendiri, kehidupan, keluarga, perniagaan anda.

SUMMARY & MORALITY

“Kejayaan adalah satu proses penambahbaikan yang sentiasa berterusan untuk mencapai kesempurnaan”….bijakniaga.worspress.com

Innovation is change that creates a new dimension of performance Peter Drucker (Hesselbein, 2002)

Dibawah sedikit video berkenaan inovasi untuk menambah pemahaman anda.

 
Leave a comment

Posted by on 18 May 2011 in Bijak Niaga

 

Saham Anggota Bank Rakyat

TOPIK : BERI LALUAN..BAS BARU DENGAN 1 BILLION SEAT TELAH SAMPAI

SEMBANG

Di Malaysia, bermacam-macam produk pelaburan (sah atau tak sah, halal atau haram) berada di pasaran. Tetapi, tidak banyak yang benar-benar miliki ciri-ciri UNGGUL & SEMPURNA sebagai produk pelaburan yang SELAMAT,DIPERCAYAI, KURANG RISIKO, PULANGAN TINGGI ibarat jongkong emas yang menjadi rebutan para pelabur. Logiknya, adakah produk seperti itu? Jika ada kenapa saya tidak tahu mengenainya? Jawapannya- YA. Saham Anggota Bank Rakyat. Kenapa anda jarang mendengarnya kerana “mana mungkin jongkong emas boleh diperolehi tanpa kita mencari dan menggalinya” .

Saham Bank Rakyat telah diperkenalkan sebagai instrument pelaburan kepada ahli-ahlinya (jangan lupa Bank Rakyat adalah sebuah koperasi dalam bentuk perniagaan Bank). Mengapa ia menjadi rebutan para pelabur? Jawapannya – Kadar Dividen konsisten diantara 15%-30%. Ya,kadar 30% pernah dibayar dan ia telah dibayar pada masa pasca kegawatan 1998 !!. Cuma kini, kadar dividen adalah ‘terkawal’ kerana perhatian melampau oleh para pelabur telah membuatkan pihak berkuasa kewangan ‘memantau dan mengawalnya’. Lantaran itu, berduyun-duyun dan berebut-rebutlah sekian umat Malaysia cuba mendapatkannya. Namun, saiz modalnya (RM 2 Billion) telah penuh pada tahun 2004. Maka ramailah yang kecewa kerana gagal mendapatnya sehingga sanggup masuk QUE dan WAITING LIST. Ibarat 2 buah bas yang telah penuh (1 bas berkapasiti 1 Billion seat), para pelabur sanggup menunggu jika ada penumpang yang akan turun. Tunggu punya tunggu, jangan harap diorang nak turun :) . Dan selepas 7 tahun menunggu kelulusan menambah saiz modal saham (mintak bas baru) dari pihak berkuasa kewangan, pada 6/04/2011 khabar yang ditunggu tiba jua!

Bank Rakyat telah diluluskan menambah saiz dana saham dari RM 1 billion lagi (kini menjadi RM 3 billion). Sejak post ini ditulis, Fenomena Bank Rakyat Mania terus melanda seluruh negara. Mana-mana sahaja kaunter Bank Rakyat penuh sesak dengan orang ramai yang memberi peluang kepada sesiapa yg ingin menambah pelaburan di dalam saham Bank Rakyat ini. Peluang ini mesti akan menjadi rebutan org ramai memandangkan ianya adalah terhad kerana cuma ‘SEBUAH BAS SAHAJA’ yang ditambah dengan 1 Billion seat untuk direbut.

Anggota Baru- Hanya Pelaburan minimum dibenarkan RM 500/1 unit sahaja. Ini untuk memberi keadilan dan pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan terutama golongan Bumiputera berpendapatan rendah.

Anggota sediaada – Juga hanya penambahan pelaburan minimum dibenarkan RM 500/1 unit sahaja untuk memberi keadilan dan pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan.

TETAPI, jika anda ingin membuat pelaburan lebih RM 500/ 1 unit, juga BOLEH. Tetapi, permohonan akan dihantar ke Ibupejabat untuk mendapat kelulusan bergantung kepada ‘keadaan kekosongan (availability) baki saham’. Jadi, tetap ada peluang untuk mendapatkannya lebih lagi.

Jadi anda sebagai Bumiputera Melayu Islam, rebutlah peluang ini untuk membuat pelaburan di Bank Rakyat walaupun sekadar RM500 pun cukup la daripada tak ada langsung. Jika anda masih muda, masih panjang lagi tempoh masa untuk merebut lagi pada masa akan datang.

RM 500 – 15% = RM 75. RM 10,000 – 15% = RM 1,500. RM 100,000-15%= RM 15,000.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Melabur untuk seluruh rakyat Malaysia. JADILAH PELABUR BIJAK DAN BERILMU KERANA DENGAN HANYA BERILMU ANDA MENJADI BIJAK dengan memilih pelaburan yang tepat.

 
2 Comments

Posted by on 8 April 2011 in Berita Niaga

 

Wang Dan Pengurusannya (Kandungan Utama)

TOPIK: WANG DAN PENGURUSANNYA

SEMBANG

Ramai rakan di luar sana bertanyakan satu panduan kewangan ringkas dan mudah difahami di dalam pembuatan keputusan kewangan samaada untuk syarikat atau peribadi.  Inilah hasilnya terbaik dari ladang fikiran dan pengalaman ku. Untuk mudah faham lagi,inilah dia punya Ringkasan Kandungan/Executive Summary atau ‘rangka’ kepada bab Wang Dan Pengurusan Bijaknya..

KANDUNGAN UTAMA

1)  WANG DAN ANDA – teori asas ekonomi.

  • Duit,hubungan anda dengannya. Ibarat sumber asli yang sangat terhad,sukar dicari

2) APA ITU PINJAMAN

  • Profil Hutang – Pinjaman Baik dan Pinjaman Jahat

3) MENGAPA PERLU MEMINJAM

  • Keperluan mendapatkan hidup – pelajaran,kereta,kawin,rumah,

4) SITUASI PINJAMAN DI MALAYSIA

  • Pinjaman dalam isi rumah rakyat Malaysia

5) JENIS-JENIS PINJAMAN – PENGGUNA dan PERNIAGAAN

6) JENIS-JENIS PINJAMAN PENGGUNA

  • Produk Pinjaman- Pinjaman Peribadi, Kenderaan (sewa Beli), Rumah/Harta, Pendidikan,Kad Kredit
  • Produk Pelaburan – Unit Amanah, Kad Debit, Akaun (Simpanan,Semasa,Pelaburan), Deposit Tetap (FD), Insuran,

7) JENIS-JENIS PINJAMAN PERNIAGAAN

  • Produk Pinjaman- Trade Finance (import,eksport,etch), Overdraf (Modal Pusingan), Pinjaman Khas (Program/Geran Agensi Kerajaan), Pinjaman Aset (Mesin,Pejabat,Kilang), Sewa Beli Perniagaan (Beli Bas,Lori,Jengkaut,etvh).
  • Produk Pelaburan – Akaun Syarikat (Simpanan,Semasa,Pelaburan), Insuran .

8 ) PENJAMIN: SEGALA YANG ANDA PERLU TAHU

9) PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK

  • Siri 1: Kereta,kawin,rumah mana dulu ni
  • Siri 2: Dana Kecemasan
  • Siri 3: Aliran Tunai
  • Siri 4: Bajet
  • Siri 5: Hidup senang dengan wang sedikit-belajar

10) SEGALANYA ONLINE- Urusan kewangan dipermudahkan dengan dibina platform secara online.

SUMMARY

Sembang pasal duit memang takkan habis kerana ia adalah satu keutamaan penting di dalam kehidupan manusia zaman ini. Dengan menguasai ilmu wang akan memberi persediaan untuk manusia mendepani cabaran dalam mengharungi kehidupan diri dan keluarga. Ilmu sentiasa memberi cahaya dan panduan dalam kehidupan manusia.

 
Leave a comment

Posted by on 31 March 2011 in Bijak Urus Wang

 

Belajarlah Menjadi TAUKE

 

SELAMAT TAHUN BARU CINA TAUKE!


TOPIK

BELAJARLAH MENJADI TAUKE

SEMBANG

Ramai usahawan Melayu yang miliki kelebihan,kepakaran dan kemahiran hebat tersendiri dalam sesuatu bidang. Dia cukup hebat sebagai seorang PEKERJA syarikat. Tetapi, bila dia buat keputusan untuk BEKERJA SENDIRI atau kata lainnya BERNIAGA, dia seharusnya tidak lupa untuk BELAJAR MENJADI TAUKE!. Menjadi seorang PEKERJA dan MAJIKAN adalah sesuatu yang BERBEZA, walaupun keduanya sangat rapat ibarat irama dan lagu. Anda mungkin mahir baiki kenderaan,tetapi tidak mahir urus akaun syarikat, dan begitu pula sebaliknya. Jadi, anda WAJIB belajar menjadi seorang TAUKE. Kita tidak mampu mengurus syarikat secara sendirian memandangkan kekurangan diri kita yang tidak mampu menguasai pelbagai kemahiran. Sebuah syarikat hanya boleh berjaya sekiranya DIURUS dengan baik dengan gabungan kekuatan produk/perkhidmatan dan pengurusan syarikat.

Inilah dilema cabaran yang sering dihadapi oleh usahawan Bumiputera. Apabila perniagaan telah semakin maju, malangnya kemahiran berniaga, mengurus kewangan syarikat, tidak seiring maju. Akibatnya, ramai yang kecundang ataupun bergelut untk hidup pada tahun ke 2 – 5 usia perniagaan. Contohnya, seorang pelajar Art & Design yang cukup kreatif, menjalankan perniagaan designer, printing dan tempahan kad kahwin. Kad kahwinnya memang telah cukup terkenal dan berjaya membina kekuatan tersendiri di pasaran Malaysia. Apabila perniagaan berkembang, cuba pergi memohon bantuan kewangan. Bila temuduga di buat, beliau berkata: “Saya minat design kad kahwin, tapi tak minat perakaunan dan berurusan dengan orang”. Jawapan balas sudah tentu “Bagaimana saya nak tolong Encik jika Encik tak nak tolong diri Encik sendiri?”..

SELAMAT TAHUN BARU 2011

 

 
Leave a comment

Posted by on 2 February 2011 in Bijak Niaga

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.