RSS

Berjaya Urus Wang Untuk Hidup Berjaya

21 May

Apa khabar Semua.

Jumpa lagi dlm blog bijakniaga ini.

TOPIK
Bijak Urus Wang, Berjaya Hidup Anda.

SEMBANG
Persolan Wang merupakan diantara topik yang begitu penting kini. Mengapa? kerana di dalam kehidupan zaman ini, kita perlu berilmu dan bijak merancang keperluan hidup untuk memastikan kehidupan ini sesuatu yang membahagiakan diri kita. Mungkin ramai yang bijak dengan segala macam ilmu untuk MENCARI dan MENARIK wang, tapi cukup bijakkah anda untuk MENGURUS/MEMBELANJAKAN wang yang telah diperolehi itu? Ilmu pengurusan kewangan dinamakan Wealth Management (Pengurusan Kekayaan).
OK, dah penat dengar pentingnya ilmu urus wang. So, Bagaimana yang dikatakan untuk bijak di dalam mengurus wang ini?

2 perkara utama Pendapatan VS Perbelanjaan.

Konsep mudahnya begini.- “Ukurlah baju di badan sendiri”. Berbelanjalah mengikut keperluan (bukan mengikut kemampuan apatah lagi kemahuan). Betul, anda memang mampu, tetapi bukankah lebih baik digunakan kemampuan lebihan anda itu untuk menjadikan anda lebih mampu lagi pada masa hadapan sehingga anak cucu anda?

Pendapatan vs Perbelanjaan – Anda mestilah menetapkan suatu nisbah bahagian yang memuaskan matlamat kewangan anda untuk mengurus pendapatan dan perbelanjaan.

Contoh seperti dibawah bagi seorang rakan saya.

Pendapatan vs Perbelanjaan Bulanan (April 2010)

Pendapatan
– Gaji Bersih (anda)                                                       RM 3,500
– Gaji Bersih (pasangan)                                             RM 2,000
– Perniagaan                                                                   RM 2,000
– Rumah Sewa                                                                RM     400
Jumlah                                                                             RM 7,900

Perbelanjaan
– Sara Hidup Keluarga                                                  RM 1,500
(5 org X RM 10 X 30 hari)
– Perjalanan (Tol,Petrol,Parking)                            RM    300
– Rawatan/Ubatan                                                         RM    100
– Pinjaman Perumahan                                                RM   900
– Pinjaman Kenderaan                                                 RM   500
– Pinjaman Pelajaran (PTPTN)                                 RM    100
– Penyelenggaraan Kenderaan                                RM    300
– Hiburan                                                                         RM    200
– Family dinner bulanan                                           RM    300
– Wang saku anak (5 org)                                          RM    500
– Pelajaran anak                                                           RM    500
– Bahan Bacaan                                                            RM    100
– Shopping bulanan                                                   RM    500
– Beri wang kepada orang tua                                RM   700
– Lain2                                                                            RM    200
Jumlah                                                                   (RM6,700)

Lebihan/Kekurangan                                               RM1,200
Tabungan/Simpanan

Apakah yang anda nampak/faham/lihat penyata pendapatan & perbelanjaan diatas? ……..

Ya, segala perkara-perkara yang banyak-banyak diatas dapat dikelaskan kepada 2 kumpulan utama iaitu KEPERLUAN dan KEHENDAK. Mari kita tentukan perkara-perkara itu.
KEPERLUAN – Perkara yang mesti/wajib ada untuk anda sekeluarga terus hidup bernyawa. Hukum Wajib!
KEHENDAK – Perkara yang sebenarnya hukum sunat je, kalau tiada pun tak apa sebenarnya (tp kebanyakan orang zaman sekarang tak boleh idup tanpa shopping).

Berapa banyak anda dapat selamatkan wang anda daripada hangus ke tempat-tempat hiburan,shopping dan perkara-perkara tak wajib yang lain? Berapa banyak kalau tiap-tiap bulan yang dapat diselamatkan.Berapa pulak jika setahun….

Pendapatan anda RM7,900. Belanja anda RM 6,700. Apakah yang membezakan setiap orang disini? Ya, bagaimana anda-anda semua mengurus keseimbangan antara keduanya.

En.Gaban & En.Heman ditakdirkan pendapatan bulanannya sama,bilangan anak dan isteri pun sama,Tapi hujung bulan, lebihan wang En.Heman lebih banyak berbanding En.Gaban untuk disimpan. B/mana ini boleh berlaku? Jawabnya: B/mana setiap dari mereka ini mengatur kehidupan, mengurus gaya hidup dan cara membelanjakan wang masing-masing.

SUMMARY& MORALITY

  • Anda patut dan mesti tahu mengurus segala macam benda dalam KEPERLUAN dan KEHENDAK ini samaada diri anda, isteri anda, anak-anak anda dan ahli keluarga lain. Anda perlu belajar untuk hidup mengikut kemampuan pendapatan anda. Sesuaikan keperluan diri dan kehendak diri anda. Gaya hidup dan aktiviti pengisisan masa anda haruslah pada tahap yang tidak membebankan kehidupan kewangan anda. Hiduplah dengan ringkas, mudah dan penuh gembira. 
  • Kesejahteraan adalah idaman setiap orang. Untuk dapatkannya, ia mesti dirancang dan berusaha untuk mendapatkannya.  
Advertisements
 
3 Comments

Posted by on 21 May 2010 in Bijak Urus Wang

 

3 responses to “Berjaya Urus Wang Untuk Hidup Berjaya

  1. nizam77

    10 May 2011 at 1:30 pm

    salam, bercerita tentang pengurusan kewangan ni, saya pun nak share skit, maybe berguna…..satu idea mnearik dalam buku petunjuk jalan kekayaan oleh Chef Li. Ia mengajar anda untuk urus kewangan agar simpan 30% dari gaji anda….agihan item pun menarik tak lupa pada zakat, infaq, ibu bapa….etc, sesuai buat panduan….syabas admin

     
    • alfahmi

      11 May 2011 at 12:25 pm

      Noted and share. TQ for the positive comment

       
  2. gift ideas for boyfriend

    30 December 2013 at 9:05 am

    Very good article! We will be linking to this particularly great post on our website.
    Keep up the great writing.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: