RSS

Category Archives: Berita Niaga

What’s up in Malaysian & World Business

Saham Anggota Bank Rakyat

TOPIK : BERI LALUAN..BAS BARU DENGAN 1 BILLION SEAT TELAH SAMPAI

SEMBANG

Di Malaysia, bermacam-macam produk pelaburan (sah atau tak sah, halal atau haram) berada di pasaran. Tetapi, tidak banyak yang benar-benar miliki ciri-ciri UNGGUL & SEMPURNA sebagai produk pelaburan yang SELAMAT,DIPERCAYAI, KURANG RISIKO, PULANGAN TINGGI ibarat jongkong emas yang menjadi rebutan para pelabur. Logiknya, adakah produk seperti itu? Jika ada kenapa saya tidak tahu mengenainya? Jawapannya- YA. Saham Anggota Bank Rakyat. Kenapa anda jarang mendengarnya kerana “mana mungkin jongkong emas boleh diperolehi tanpa kita mencari dan menggalinya” .

Saham Bank Rakyat telah diperkenalkan sebagai instrument pelaburan kepada ahli-ahlinya (jangan lupa Bank Rakyat adalah sebuah koperasi dalam bentuk perniagaan Bank). Mengapa ia menjadi rebutan para pelabur? Jawapannya – Kadar Dividen konsisten diantara 15%-30%. Ya,kadar 30% pernah dibayar dan ia telah dibayar pada masa pasca kegawatan 1998 !!. Cuma kini, kadar dividen adalah ‘terkawal’ kerana perhatian melampau oleh para pelabur telah membuatkan pihak berkuasa kewangan ‘memantau dan mengawalnya’. Lantaran itu, berduyun-duyun dan berebut-rebutlah sekian umat Malaysia cuba mendapatkannya. Namun, saiz modalnya (RM 2 Billion) telah penuh pada tahun 2004. Maka ramailah yang kecewa kerana gagal mendapatnya sehingga sanggup masuk QUE dan WAITING LIST. Ibarat 2 buah bas yang telah penuh (1 bas berkapasiti 1 Billion seat), para pelabur sanggup menunggu jika ada penumpang yang akan turun. Tunggu punya tunggu, jangan harap diorang nak turun :). Dan selepas 7 tahun menunggu kelulusan menambah saiz modal saham (mintak bas baru) dari pihak berkuasa kewangan, pada 6/04/2011 khabar yang ditunggu tiba jua!

Bank Rakyat telah diluluskan menambah saiz dana saham dari RM 1 billion lagi (kini menjadi RM 3 billion). Sejak post ini ditulis, Fenomena Bank Rakyat Mania terus melanda seluruh negara. Mana-mana sahaja kaunter Bank Rakyat penuh sesak dengan orang ramai yang memberi peluang kepada sesiapa yg ingin menambah pelaburan di dalam saham Bank Rakyat ini. Peluang ini mesti akan menjadi rebutan org ramai memandangkan ianya adalah terhad kerana cuma ‘SEBUAH BAS SAHAJA’ yang ditambah dengan 1 Billion seat untuk direbut.

Anggota Baru- Hanya Pelaburan minimum dibenarkan RM 500/1 unit sahaja. Ini untuk memberi keadilan dan pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan terutama golongan Bumiputera berpendapatan rendah.

Anggota sediaada – Juga hanya penambahan pelaburan minimum dibenarkan RM 500/1 unit sahaja untuk memberi keadilan dan pengagihan saksama serta sama rata kepada semua golongan.

TETAPI, jika anda ingin membuat pelaburan lebih RM 500/ 1 unit, juga BOLEH. Tetapi, permohonan akan dihantar ke Ibupejabat untuk mendapat kelulusan bergantung kepada ‘keadaan kekosongan (availability) baki saham’. Jadi, tetap ada peluang untuk mendapatkannya lebih lagi.

Jadi anda sebagai Bumiputera Melayu Islam, rebutlah peluang ini untuk membuat pelaburan di Bank Rakyat walaupun sekadar RM500 pun cukup la daripada tak ada langsung. Jika anda masih muda, masih panjang lagi tempoh masa untuk merebut lagi pada masa akan datang.

RM 500 – 15% = RM 75. RM 10,000 – 15% = RM 1,500. RM 100,000-15%= RM 15,000.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Melabur untuk seluruh rakyat Malaysia. JADILAH PELABUR BIJAK DAN BERILMU KERANA DENGAN HANYA BERILMU ANDA MENJADI BIJAK dengan memilih pelaburan yang tepat.

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on 8 April 2011 in Berita Niaga