RSS

Category Archives: Bijak Niaga

MENDOMINASI DUNIA DENGAN INOVASI

TOPIK: MENDOMINASI DUNIA DENGAN – INOVASI

SEMBANG
INOVASI…Mengapa 7 perkataan ini begitu hebat dicanang kini? Sejauhmana kesedaran dan pemahaman anda mengenainya? Apa pentingnya dan hebatnya inovasi ini?

Definisi Inovasi – Istilah inovasi berkait rapat dengan perkataan seperti ciptaan, kreativiti dan imaginasi. Inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimulakan. Dengan kata lain ia bermaksud menghasilkan sesuatu ciptaan yang berbeza daripada kebiasaaan dengan idea baru yang mencorakkan perubahan.

Maksudnya Inovasi adalah sesuatu penemuan kekuatan baru yang terhasil dari mereka-mereka yang terkehadapan / lebih maju dari kita hasil pengalaman mereka mendepani arus perjalanan kehidupan.

Kini, Bulan May Tahun 2011. Lihat, amati, perhati dan teliti apa yang berlaku disekeliling anda dan dunia. Kepantasan arus perubahan dan perkembangan ekonomi seharusnya memberi semangat dan azam baru, khususnya kepada para usahawan untuk berubah dan melakukan anjakan dalam kehidupan dan perniagaan. Selain itu, diri mereka sendiri perlu melakukan inovasi dalam segenap aspek kehidupan untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.Di zaman ini inovasi menentukan siapa yang berjaya atau pun tidak. Produk dan barangan yang inovatif yang terhasil dari proses inovasi akan mendahului yang lain. Kelebihan sesuatu produk yang inovatif boleh mengubah sesebuah industri. Idea yang kadang kala kecil dan dipandang ringan namun setelah melalui inovasi yang betul menjadikannya hebat dan berkesan. Ya…Idea saya mungkin gila,tetapi manusia tidak akan sampai ke Bulan jika tidak memikirkan idea gila..

Hari ini inovasi bukan sahaja menjadi kunci dan rahsia kejayaan bagi sesebuah syarikat, malah ia juga berperanan melonjakkan negara-negara yang dahulunya kecil dan mundur menjadi negara maju. Lihat sahaja negara-negara seperti Singapura, Finland, Denmark dan Ireland yang suatu masa dahulu merupakan negara-negara kecil namun meningkat maju dengan mendadak dan menduduki carta negara maju dengan keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka. Paling dekat Singapura, rasanya semua orang tahu siapa lebih maju sedangkan Malaysia capai merdeka dahulu berbanding Singapura. Malaysia kaya dengan segala macam sumber ekonomi berbanding Singapura yang serba kekurangan. Tetapi, mengapa mereka lebih maju,rakyatnya lebih kaya dan makmur berbanding kita rakyat Malaysia? Jawapannya: Mereka benar-benar tahu kekurangan/kelemahan diri dan negara lalu mahu tidak mahu mesti berusaha keras,mengembeling usaha bersama-sama melakukan perubahan & inovasi terhadap segala aspek kehidupan untuk mencapai kemakmuran rakyat dan negara.

Bagi negara membangun, cabaran utama untuk kekal bersaing menjadi negara maju ialah melalui inovasi. Ia perlu dipastikan supaya berada di tahap yang terbaik. Falsafah inovasi bagi sesebuah negara membangun perlu menjadi tulang belakang yang dapat mengubah sistem pentadbiran, halatuju sains dan teknologi serta keupayaan saintis dan penyelidik di dalam negara tersebut. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Dunia di masa akan datang amat bergantung kepada keupayaan untuk melakukan inovasi dalam setiap aspek bagi mengekalkannya di tahap terbaik. Sepuluh tahun yang lalu, internet baru sahaja mula berkembang di Malaysia. Pada waktu itu masih belum ramai individu yang memiliki talian internet melainkan di pejabat-pejabat kerajaan atau sektor industri. Teknologi internet merupakan satu contoh inovasi yang mengubah dunia pada hari ini. Internet boleh dianggap sebagai sungai besar yang mengalirkan sebarang ilmu dan maklumat berguna atau pun sekadar sampah sarap di dalamnya. Sebelum teknologi internet dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di dunia, ia merupakan teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan Amerika sekitar tahun 1940-an sewaktu perang dunia kedua untuk menghubungkan jaringan sistem pertahanan mereka. Selepas perkembangan pesat internet bermula lewat tahun 1990 an, banyak produk-produk berasaskan web dimajukan dan dijadikan alat untuk menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Bayangkan dunia pada hari ini tanpa kemudahan internet seperti 15 tahun yang lampau, tentunya kehidupan sangat berbeza dengan apa yang kita alami kini. Internet memenuhi segala-galanya dalam dunia moden hari ini yang merangkumi aspek penyebaran maklumat, kemudahan emel, hiburan, tayangan video, audio dan perniagaan.

Lihat sahaja bagaimana enjin carian internet terkenal Google mendominasi dunia. Google yang mula menemui pengguna pada tahun 1998 memperkenalkan kaedah pencarian maklumat di internet dengan cara yang begitu unik melalui inovasi dan kreativiti dua anak muda dari Stanford University, California iaitu Sergei Brin dan Larry Pages. Kedua mereka ini menjadi jutawan ketika usia belum mencapai 30 tahun. Sehingga kini, Google terus berkembang pesat dan terus melakukan inovasi dengan memperkenalkan produk-produk terbaru mereka. Majalah Forbes melaporkan bahawa Google merupakan sebuah syarikat teknologi berasaskan internet yang paling pesat berkembang dan paling berpengaruh dalam sejarah dunia.

Ketika diwawancara dalam sebuah program temubual internet, pemilik Google Sergei Brin dan Larry Pages menyatakan mereka tidak mencipta sesuatu yang baru, tetapi melakukan inovasi terhadap produk yang sedia ada. Sebelum kemunculan Google, enjin carian internet yang paling terkenal ialah Yahoo!, Excite dan Altavista.

Terkini, generasi internet terus dihidangkan dengan aplikasi laman interaksi sosial yang begitu fenomena pada hari ini iaitu Facebook. Ia dicipta oleh seorang remaja iaitu Mark Zuckerberg ketika masih bergelar penuntut di Harvard University. Bermula pada tahun ia dilancarkan iaitu pada tahun 2004 sehingga kini ia mencatatkan bilangan pengguna aktif yang berjumlah 350 juta orang. Zuckerberg kini menjadi jutawan muda hasil dari pelancaran laman Facebook tersebut. Ketika ditanya tentang idea ciptaannya, beliau menegaskan bahawa ia terhasil daripada keinginan untuk melakukan inovasi terhadap laman-laman web interaksi sosial yang sedia ada seperti Friendster, Orkut, MySpace dan sebagainya. Salah satu lokasi yang paling terkenal dan subur melahirkan syarikat-syarikat gergasi dunia yang kreatif dan inovatif dalam bidang teknologi, komunikasi dan teknologi maklumat ialah Silicon Valley di California. Di sanalah tempat berkembangnya syarikat gergasi dunia seperti Oracle, Sun Microsystem, Intel, AMD, Yahoo!, Cisco, Apple, eBay, Youtube, Twitter, Google, Facebook dan sebagainya. Kejayaan Silicon Valley yang muncul sejak lebih 50 tahun yang lampau menjadi contoh dan teladan kepada negara-negara lain yang ingin membangunkan ekonomi mereka berasaskan inovasi dan kreativiti.

Google dan Facebook adalah dua contoh di antara puluhan produk-produk yang tercipta hasil dari kreativiti dan inovasi di dalam dunia internet. Dalam bidang-bidang lain seperti sistem pengangkutan, perniagaan, penyelidikan dan penyampaian maklumat manusia terus melakukan inovasi bagi memperbaiki kualiti dan produk sedia ada.

Maksudnya mereka di Barat yang lebih maju itu tidak pening-pening mencipta sesuatu perkara baru,tetapi hanya menambah baik segala kelemahan yang ada dalam sesuatu itu !…Dengan hanya sedikit inovasi dan perubahan, mereka dapat mendominasi sesuatu perkara itu!..Ini sesuatu yang cukup-cukup penting untuk diri kita tahu.
Malaysia berada di landasan yang tepat apabila kerajaan telah menjadikannya suatu dasar dan mengisytiharkan 2010 sebagai Tahun Inovasi Negara. Tetapi yang lebih penting, diri anda sendiri adakah melakukannya ataupun tidak untuk memajukan lagi seluruh kehidupan anda. Ayuh semua, lakukan inovasi dalam segala aspek kehidupan anda; diri sendiri, kehidupan, keluarga, perniagaan anda.

SUMMARY & MORALITY

“Kejayaan adalah satu proses penambahbaikan yang sentiasa berterusan untuk mencapai kesempurnaan”….bijakniaga.worspress.com

Innovation is change that creates a new dimension of performance Peter Drucker (Hesselbein, 2002)

Dibawah sedikit video berkenaan inovasi untuk menambah pemahaman anda.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 18 May 2011 in Bijak Niaga

 

Belajarlah Menjadi TAUKE

 

SELAMAT TAHUN BARU CINA TAUKE!


TOPIK

BELAJARLAH MENJADI TAUKE

SEMBANG

Ramai usahawan Melayu yang miliki kelebihan,kepakaran dan kemahiran hebat tersendiri dalam sesuatu bidang. Dia cukup hebat sebagai seorang PEKERJA syarikat. Tetapi, bila dia buat keputusan untuk BEKERJA SENDIRI atau kata lainnya BERNIAGA, dia seharusnya tidak lupa untuk BELAJAR MENJADI TAUKE!. Menjadi seorang PEKERJA dan MAJIKAN adalah sesuatu yang BERBEZA, walaupun keduanya sangat rapat ibarat irama dan lagu. Anda mungkin mahir baiki kenderaan,tetapi tidak mahir urus akaun syarikat, dan begitu pula sebaliknya. Jadi, anda WAJIB belajar menjadi seorang TAUKE. Kita tidak mampu mengurus syarikat secara sendirian memandangkan kekurangan diri kita yang tidak mampu menguasai pelbagai kemahiran. Sebuah syarikat hanya boleh berjaya sekiranya DIURUS dengan baik dengan gabungan kekuatan produk/perkhidmatan dan pengurusan syarikat.

Inilah dilema cabaran yang sering dihadapi oleh usahawan Bumiputera. Apabila perniagaan telah semakin maju, malangnya kemahiran berniaga, mengurus kewangan syarikat, tidak seiring maju. Akibatnya, ramai yang kecundang ataupun bergelut untk hidup pada tahun ke 2 – 5 usia perniagaan. Contohnya, seorang pelajar Art & Design yang cukup kreatif, menjalankan perniagaan designer, printing dan tempahan kad kahwin. Kad kahwinnya memang telah cukup terkenal dan berjaya membina kekuatan tersendiri di pasaran Malaysia. Apabila perniagaan berkembang, cuba pergi memohon bantuan kewangan. Bila temuduga di buat, beliau berkata: “Saya minat design kad kahwin, tapi tak minat perakaunan dan berurusan dengan orang”. Jawapan balas sudah tentu “Bagaimana saya nak tolong Encik jika Encik tak nak tolong diri Encik sendiri?”..

SELAMAT TAHUN BARU 2011

 

 
Leave a comment

Posted by on 2 February 2011 in Bijak Niaga

 

Sejarah Gemilang Perniagaan Bangsa Melayu (Zaman Kesultanan MELAKA)

Ikon Kepahlawanan dan Kekuatan Bangsa Melayu-Dato Pahlawan Laksamana Hang Tuah ” TA’ MELAYU HILANG DI-DUNIA”

TOPIK
Sejarah Gemilang Perniagaan Bangsa Melayu

ISTANA KESULTANAN MELAKA

SEMBANG
Hasil lawatan dari Misi Tawan Malaysia-MELAKA (personal entry di amiehawwari.blogspot.com), saya melihat satu perkara yang sangat menarik untuk dikaji semula. Satu fakta sejarah yang membuktikan bahawa bangsaku bangsa Melayu pernah gemilang dan ternama seantero dunia sebagai bangsa peniaga dunia!.

Peta Dunia abad ke 15 dicipta oleh Portugese

Inilah bendanya yang menghancurkan zaman emas perdagangan bangsa Melayu

Pedagang Cina:Tembikar,Kain Sutera,Belerang

Pedagang Arab: Barang dagang Gaharu,kemenyan,kulit tapi juga membawa SINAR ISLAM ke nusantara.Sebab pedagang arab lah islam sampai kepada bangsa Melayu

Pedagang Gujerat/India: Rempah Ratus, HambaPedagang Siam: Gading, Kain

Kesibukan Pelabuhan Melaka

Pemandangan anak sungai Melaka

Zaman awal perdagangan tamadun manusia

Pelabuhan Melaka (1500 an)

Pedagang Tanah Jawa: rempah ratus, Kayu, Damar. hmm..adakah nenek moyang aku dahulu pedagang ulung dari Jawa..

Hikayat Panglima Awang

Kisah seorang pemuda Melayu berasal dari Melaka yang diambil penjajah untuk berkhidmat disebabkan kelebihan,kemahiran,pengetahuan dan kekuatan yang ada pada seorang pemuda Melayu telah menjadi bukti bahawa bangsa Melayu memiliki kelebihan dan sifat terpuji yang harus dijadikan iktibar buat generasi muda zaman ini.

Ia bermula apabila penjajah Portugis datang untuk menyerang Melaka pada tahun 1511. Bersama Lopez De Squeira, seorang bernama  Ferdinand Magellan turut serta dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Impak besar Magellan ialah apabila menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba . Salah seorang daripadanya diberi nama ‘Enrique’ yang berusia 18 tahun.Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Melaka merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.

Bilik Tahanan dalam perut kapal laut Portugese yang membawa anak muda Melayu berbakat ikut belayar


SUMMARY & MORALITY

1. Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang memiliki Zaman Kegemilangannya. Zaman emas perdagangan bangsa Melayu pada abad ke-14 dan 15 tercatat rapi dalam lipatan sejarah dunia perdagangan.

2. Ayuh bangsaku,bangsa kita miliki sejarah gemilang. Seribu pengajaran bila gemilang itu dihancurkan oleh bangsa penjajah yang lebih kuat dan bersatu dari bangsa kita. Rapatkan barisan, bina kekuatan bangsa dan ummah. Kembali bangkit menuju zaman emas nan Gemilang..

Rujukan: Sejarah Malaysia, Sejarah Kesultanan Melayu Malaka, Muzium Melaka.

 
Leave a comment

Posted by on 21 June 2010 in Bijak Niaga

 

Dilema Pemikiran Orang Melayu Berniaga

 

DELIMA ORANG MELAYU NAK BERNIAGA

TOPIK – MELAYU NIAGA

SEMBANG

Terlalu banyak sebenarnya untuk diperkatakan mengenai orang Melayu yang nak berniaga ni. Dua faktor & isu utama yang boleh dibahagikan (1-Faktor Dalaman 2-Faktor Luaran). Disini saya tidak memilih untuk bercakap berkenaan isu-isu luaran (InsyaAllah ada keizinan rezeki & masa kita akan bincangkannya.tunggula entry-entry seterusnya yek !:). Disini, saya ingin menyentuh isu-isu  dalaman (internal factor) pada diri individu bangsa Melayu itu sendiri.

Sekian lamanya,telah ramai samaada cendekiawan bangsa Melayu itu sendiri mahupun asing yang mengkaji berkenaan bangsa Melayu ini. Daripada perspektif yang positif hinggalah yang negatif, semuanya telah memberi banyak maklumat (finding) yang harus diambil pengajaran dan iktibar dalam memperbaiki nasib diri bangsa Melayu itu sendiri. Sebenarnya, kita terlampau banyak mengamalkan unsur-unsur yang negatif didalam setiap pemikiran dan,dari pemikiran negarif itulah yang mempengaruhi cara bekerja kita. Sebab itulah semua perkara menjadi sukar.

Ada satu dialog yang betul-betul tertanam kuat dalam benak pemikiran saya yang patut dikongsi oleh semua bangsa Melayu. Dialog dalam cerita P.Ramlee (Seniman Bujang Lapok). Dulu lagi P.Ramlee dah kritik bangsanya. Cerita itu sendiri mengangkat tema kelangsungan kehidupan masyarakat Tanah Melayu zaman sebelum dan awal kemerdekaan. Peluang pekerjaan, perniagaan, keadaan sosial, ekonomi masyarakat melemparkan kritikan sosial kepada bangsa Melayu itu sendiri.  

Jika malam ini di Buletin Utama TV3 keluar berita seorang pemuda Melayu yang berjaya dapat RM 10,000 hasil ternakan keli, maka keesokannya berduyun-duyun lah pemuda-pemuda Melayu datang bertemu dengannya yang seterusnya ke Bank/agensi kerajaan nak buat perniagaan yang sama.Yang menambah rosak lagi, si pemuda yang baru setahun jagung menjalankan projek ikan keli itu itupun buatla kursus amali untuk berkongsi rahsia bagaimana menjayakannya ,dengan charge satu kepala RM500. Maka pelbagai janjipun ditabur melalui ‘perjanjian kontrak farming’ yang menjanjikan keuntungan bersama. Dan apabila realiti pasaran sebenar yang tidaklah seindah digambarkan, maka para pemuda Melayu yang baru berjinak-jinak berniaga ini ditipu hidup-hidup bila pasaran takla sebagus yang diwar-warkan. 

Saya sering ditanyakan persoalan tentang Apakah bidang perniagaan yang boleh menjanjikan kejayaan?

Tuan-tuan sekelian, untuk berjaya dalam perniagaan, cubalah usahakan perniagaan keperluan manusia yang baru, yang masih tidak banyak pesaingnya. Contoh, anda berniagalah dalam bidang berkaitan teknologi yang mempunyai permintaan terkini seperti Tenaga Solar, sumber air bawah tanah, import eksport haiwan eksotik , pembuatan keju halal,bidang seni kreatif; animasi,fotografi,IT ataupun apa sahaja yang difikirkan ada pasaran tapi tak banyak pembekalnya. Senario bangsa kita, sebatang jalan raya yang pada hari ini ada seorang yang menjual nasi lemak, hujung bulan penuh sampai hujung jalan semua jual nasi lemak. Bagaimana perniagaan disitu nak maju berjaya.

Cerita untuk dikongsi: Motorsikal saya pernah pancit berhadapan sebuah kedai motorsikal di bandar Klang, Selangor. Pada pandangan saya,kedai ini mesti telah bergenerasi disini dengan bangunan kedai lama (zaman British) dan signbord tulisan Cina yang berhabuk. Dalam berborak dengan Mr.Swee, ada satu pengajaran yang boleh diambil iktibar. “Saya dah 30 tahun berniaga ini bengkel.Dulu moyang saya bukak, bapa saya kasi balik modal,saya kasi untung sikit la. Apa-apapun bisnes, sekurang-kurangnya mau 10 tahun baru bleh untung. 5 Tahun RUGI,5 Tahun BALIK MODAL/SURVIVE dan lepas itu BARU UNTUNG”..

Mr.Swee,ramai-ramai family,apa pasal you kena take over ini bisnes?-inilah jawapan yang patut diambiliktibar!

“Saya sekolah tak pandai,apa lagi mau buat.Tapi, itu Tuhan takkan sia-sia punya lahirkan manusia.Itu manusia ha, PALING BOOODOOOH pun kepala dia, mesti ada 1 BENDA YANG DIA PANDAI yang Tuhan bagi..” .

Dalam dunia perniagaan,memang banyak cabaran dan dugaan kerana,kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang memiliki seribu satu perkara yang berbeza. Sebab itu jugalah,kita perlu penuh berhati-hati, sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan jadilah usahawan yang memakmurkan muka bumi Allah ini.Sebagai muslim,kita seharusnya niat berniaga disamping mencari rezeki halal, juga untuk berjuang demi kekuatan umat Islam. Kepada anda semua di luar sana, selamat maju jaya diucapkan, tidak kira apapun bidang anda sentiasa tetaplah dengan usaha bersungguh-sungguh anda,saya doakan semua orang berjaya di dalam perniagaan masing-masing.

SUMMARY & MORALITY

  1. Berilmu dan Berusaha/Bekerja keras adalah kunci sebenar kejayaan.
  2. Berfikiran positif adalah faktor penggerak untuk kuat bekerja
  3. Just Do It!  

 

 
1 Comment

Posted by on 16 June 2010 in Bijak Niaga