RSS

Berjaya Urus Wang Untuk Hidup Berjaya

Apa khabar Semua.

Jumpa lagi dlm blog bijakniaga ini.

Read the rest of this entry »

Advertisements
 
3 Comments

Posted by on 21 May 2010 in Bijak Urus Wang

 

MEMORI GGR AKU (1994-1998)-Part1


TOPIK
Memori UJANG,DIN BERAMBOI,OAG & SAMTTAR.

SEMBANG 
Bertemu lagi geng..jom back to pass & layan memori lama.Entryni,sambungan entry awal dengan tajuk utamanya Memori Zaman GGR.
Korang pernah sekolah kan? Zaman sekolah yang normalnya ada 3 fasa-tadika, rendah, dan menengah adalah masa paling BEST kerana itulah masa korang explore dunia & otak xpayah pikir ape2 selain main,main,main (zero komitmen!)..ahh…bestnya kalau sekarng bleh idup camtu!!.

Zaman awal GGR aku pada tahun 1994 – 1998 (masa aku umur muda remaja sekolah menengah kat SAMTTAR (Sek.Agama.Menengah.(Tinggi).Tengku Ampuan Rahimah, Sg.Manggis,Banting,Kuala Langat,Selangor)-hm..aku ingat lagi beb. Fresh lagi dlm ingatan, susah payah mak aku pegi amik borang untuk masuk sekolah ni,aku buat selambaje kerana masatu aku sibuk enjoy raikan ‘abis sekolah rendah nak masuk sek.menengah’. Lepastu, barula aku tau yang sek. Tu adalah yang terbaik di daerah aku. (Nama famous = Sek.Agama.Sg.Manggis) Oh,Bunda..t/kasih tak terhingga atas jasa tak terbalas mu.

Masa aku sekolah menengah dulu (1994 – 1998), zaman Usop Sontorian, Majalah Lawak A/Bangsa Ujang, Din Beramboi, Komik Pedang Setiawan tengah NGETOP. Kalau dulu masa sekolah rendah layan Gila-Gila,kini layan Ujang (banyak sebab antaranya kena dengan jiwa jiwang ‘aku hidup dlm blues..)

Disamping muzik irama nashid, rock punk, alternatif rock menjadi siulan. (cuba teka aku dlm group yg mana…TUT..). Member2 aku, member kepada member2 aku, jiran aku,juga jiran kpd jiran aku semuanya gila komik, majalah ujang dan musik rock underground yg pelbagai genre tu..Ingat lagi Ejump penah lukis kartun antor ke Gila-Gila, dapat hadiah lagi,siap dipuji ikon kartun Msia- Pak Rejabhad. Aku tengah plan nak wat album citer bergambar dgn tema ‘KARTUN’. .hmm,menarik..Ada satu perkara yang best pasal majalah2 ni, yang jadi glamour. Cuba teka apa dia? Ya..jenis2 lawak nya yang a/bangsa,tempatan mahupun bodoh alang.TAPI lepas korang baca lawak nya, lepas tu ko buat apa…mestilah GELAK KUAT2! Maka lahirlah pelbagai jenis gelak mengikut gaya masing2 yang bila ko dengar ko akan sekali lagi TERGELAK lepas ko baca lawak (jadi Double la).kekadang triple pun ada.
Inilah jenis2 gelak yang aku ingat sampai sekarang…tak percaya tanya ijam (member aku)

(Jenis2 gelak: hens3; bila rasa bangga dan kembang..kui3: gelak tak ikhlas…kah3: mood ceria wakakaka; gelak tak hengat guling2.)


1st album Darjah Satu XPDC.


i’m watching..60 TVs..yeah..


Kurt Cobain..Nevermind


Grrr..dengar lagu metallica smpai tangan kena karen..

Aku nak tanya korang semua…
Berapa lama dah tuan-tuan,puan-puan, bapak2,ibu2, dan abang2 (tak sebut kang yg bujang terasa plak) hidup di muka bumi allah ni? 30 tahun la average kan, sebab mestila lebih kurang umur aku gak.Dalam banyak2 masa tu, masa yg mana paling best, seronok,happy..?


Oh sekolah..yang jadikan aku orang yg berguna akal fikirannya untuk kebaikan

Bagi ku, Lepas 30 tahun Allah bagi hidupni, rasanya zaman sekolah la yang paling best & gembira walaupun serba kekurangan dan kedaifan..Cuba korang BAYANGKAN…flashback..” 16 Jun 1995,4.56 a.m..Payah pagi2 buta bangun pukul 5 nak pegi sekolah,tunggu bas sekolah Pakcik Keteng depan rumah, dah siap pakai baju belum azan la plak nak solat subuh, tengah solat rokaat ke-2 garek bas sekolahnya sampai depan rumah, terkejut kelam kabut khusyuknya ilang dari berdiri terus sujud, dah kena tinggal la plak, dahtu pegi rumah ustaz ashari nak tumpang naik motor sampai simpang Jenjarom,tengah atas motor gerimis la plak, pastu selisih dengan kereta kat depan sek.men,jenjarom terpercik air lopak jalan,bajunya sebelah putih sebelah kelabu, sampai simpang, bas penuh, naik jugak berdiri kat tangga bas…semuanya untuk ke sekolah..SAMTTAR..PEHHHH..memang payah giler time tu,tp yg ajaibnya, baru sekarang aku terpikir dan merasa kesusahan itu! Masa sedang alaminya tak rasa susah sikit pun, seronokje..mungkin inilah yg dikatakan berkat ilmu, keikhlasan dan doa orang tua untuk berjaya.

Ps:rasanya kalau sekarang diuji lagi cam sekolah dulu, belum tentu aku dapat survive..thanks mak,arwah abah,rakan seperjuangan…

SUMMARY& MORALITY

• Walaupun korang semua dah bawak haluan masing2,tapi tiada apa yg dapat mengubah sejarah dan masa dahulu…semuanya membentuk diri kita pada hari ini.Diri anda hari ini adalah apa yang anda lalui pada masa lalu.

 
2 Comments

Posted by on 14 May 2010 in Travel Blog

 

MEMORI zaman gila-gila remaja (GGR)

TOPIK
Zaman GGR aku yang memang Ggrrrr..!
SEMBANG
The Year is….1994 to 2008.
The Day is…..antara isnin hingga ahad
The Time is….antara 12 t/hari ke 12 malam..
Semua2 dalam tahun2 tu gakla,mana nak ingat… wacca!! wacca!

Korang penah nengok kan citer ‘Gila-Gila Remaja’ (GGR) kan? Tak ingat?? Nah tengok bawah nih..

Tajuk Filem masa intro.Naik motor scrambler sambil layan jiwang ingat awek..pehh..

Babak-babak masa Kaza nyanyi lagu tema Gila-Gila Remaja.Frust ngan awek kat UM,bawak diri balik kampung..nak study konon..:)

<

Heroin aka awek utama dalam filem GGR.cun cun melecun..hmm..tapi agak2 dah macamane rupa dia sekarang..
(gambar-gambar kredit Astro Prima)

Ha..kan..YaYa,aku tau korang dah ada yang start nak senyum,start nak nangis, maupun start nak naik darah marah, tapi itula Zaman Muda Remaja yang seeemuuuaaa orang penah lalui zaman GGR tu. Soalannya,b/manakah zaman GGR anda? Gilakah@Siumankah@Baikkah? ..
Zaman GGR aku dapat disimpulkan begini ;
memang Gggrrrrrr…Aumm…sob,sob…uhuk,uhuk..meow..

Bolehla anggap Aku melalui zaman GGR aku pada tahun 1994 ke 2008 (umur aku 13 tahun hingga 27 tahun)-lametu,14 tahun,pejam celik dah abis dah pun tempoh tu,huhu..(dosa banyak pahala kurang). Panjang siot nak citer..blehke nih..:) So,aku pecahkanlah kepada 3 fasa.

Zaman GGR aku (1994-1998)
Zaman GGR aku (1999-2003)
Zaman GGR aku (2004-2008)

SUMMARY&MORALITY

• Walaupun korang semua dah bawak haluan masing2,tapi tiada apa yg dapat mengubah sejarah dan masa dahulu…semuanya membentuk diri kita pada hari ini.Diri anda hari ini adalah apa yang anda lalui pada masa lalu.
• Sebenarnya, PILIHAN sentiasa ada di tangan (ia takkan sekalikali beralih ke kaki,leher atau idung) diri kita semua. B/mana caranya kita nak menjalani kehidupan kita ini..bijaklah dengan memilih jalan yang baik,kerana ia yang terbaik.
• Silap langkah biarlah sekali,jgnn 2,3 kali, apatah lagi silap berkali-kali.Kerana ianya merugikan diri kita sendiri.

Kepada adik2 di luar sana,baik-baiklah dalam berkawan. Kawan dengan org baik,maka baiklah kita,begitulah sebaliknya.Well,kalau diri kita nakalpun,sekurangnya kita jadi org yg paling nakal dikalangan kawan2 yg baik!

 
Leave a comment

Posted by on 13 May 2010 in Travel Blog

 

Selamat Hari Ibu..

Belaian Ibu
Artist: Hijjaz
Category: Nasyid

Terima Kasih Ibu Dan Ayah
Artist: Hijjaz
Category: Nasyid

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU DAN SEMUA IBU-IBU DI LUAR SANA..JUGA BAPA YANG TELAH MEMBESARKAN DIRIKU.

 
Leave a comment

Posted by on 10 May 2010 in Travel Blog

 

Selamat Pagi Malaysia!

Salam, Saudara ku di seluruh negara…
Saya sentiasa berfikir,memikir dan terfikir, satu persolan yang bermain di benak minda. Bunyinya cukup klasik, biasa sahaja, ringkas, lebih kurang begini:
APA YANG ANDA INGINI DALAM HIDUP INI?YA..jawapan yang banyak sudah pasti BERJAYA DALAM HIDUP. BERJAYA yang ditafsirkan banyaknya pula seperti ini – ingin hidup senang lenang, kaya, banyak harta, supaya apa sahaja yang diingini dapat dilaksana, hidup sihat, ada keluarga yang aman damai.

Persoalnnya, jika pada ketika saat ini, masa sedang baca blog ni, anda telahpun memiliki dan berada di dalam kehidupan seperti diingini itu , adakah anda sudah berasa cukup bahagia, hati anda tenang, hidup anda rasa betul-betul bermakna?

Jika anda bertanya kepada orang yang berada di situasi itu,jawapan anda pasti begini:
Saya berasa puas hati,bahagia dan rasa hidup saya tak sia-sia jika selepas dapat BERBAKTI kepada KELUARGA saya, sebelum tutup mata, saya dapat pula sumbang BAKTI kepada AGAMA saya, BANGSA saya dan NEGARA saya..walaupun sedikit cuma.

ISLAM telahpun memberi panduan erti hidup sebagai manusia;
“Jika engkau ada makanan yang cukup, tempat tinggal yang selamat, kesihatan yang baik dan keluarga yang mengamankan, selebihnya berimanlah dengan Allah dan Rasulnya, ibarat anda telah memiliki dunia dengan segala isinya”.

Sebab itulah, memanggil saya untuk sama-sama berkongsi ilmu/pengalaman tak seberapa yang ada dengan anda semua diluar sana, harapan agar kita sama-sama dapat sumbang bakti sesama kita.

Anda harus percaya sebagai prinsip hidup, T/JAWAB MANUSIA adalah KHALIFAH di Muka bumi Allah ini.setiap orang tak kira bangsa dan agama apapun, Allah jadikan tiap-tiap orang itu ada kelebihannya yang harus dimanfaatkan dan disumbangkan kepada orang lain.

“Jadilah manusia terbaik, yang menyumbang kebaikannya kepada orang lain”

 
1 Comment

Posted by on 20 April 2010 in Travel Blog